Sunday, August 21, 2011

TERNAMPAK BAYANG-BAYANG ARWAH TOK BOMOH MELAMBAI-LABAI

Nie citer aku skunk (aku) sendiri alami. peristiwa nie tidak akan aku lupa sampai bila-bila sebab memang berlaku depan mata aku sendiri.
Intro. Peristiwa nie berlaku lebih kurang 8-10 hari selepas tok bowoh belakang rumah aku meninggal dunia.nama tok bomoh tu Tok Bomoh Jaafar. Tok bomoh yang meninggal nie memang terkenal dengan kehebatan merawat sesetengah penyakit. Setiap bulan memang banyak pelangan yang datang untuk merawat. Kalau hujung minggu, belakang rumah aku nie penuh dengan kereta-kereta pelangan. Tapi pada akhir tahun 2007, bomoh tu meningal dunia sebab masalah paru-paru dan ramai datang melawat dia sebelum dikebumikan. Tapi, arwah rok bomoh jaafar tinggalkan pusaka tanah yang luas kepada anak-anaknya. Tapi tanah tu tidak terurus dan using, penuh dengan semak samun. Tepi rumah aku tu tanah Tok bomoh jaafar jugak.
Lebih kurang jam 2-3 pagi, ak tengah maen game dekat desktop kat rumah aku. Biasalah, orang lepas SPM macam mana, bebas nak buat sume benda. Tiba-tiba, bulu roma aku meremang. Rasa sejuk semacam. Deskop ak berada sekat tingkap. Senang nak tengok benda kat luar. Mula-mula, aku tengok-tengok ayam. Pastu, aku terkejut melihat lembaga macam arwah tok bomoh melambai-lambai lebih kurang 4 meter daripada tingkap. Aku terus berganjak daripada tempat duduk ke dapur. Fikiran aku terfikir benda bukan-bukan. Aku fikir benda yang logik dan masuk akal pada masa tu.
1. Masa tu hujan renyai, kenapa lembaga macam manusia kat luar rumah.
2. Tepi rumah aku banyak semak samun, tidak mungkin orang berani nak pergi kat situ pagi-pagi.
3. Tanah semak samun tepi rumah aku tu tanah milik arwah tok bomoh.
Lepas sahaja kejadian itu, keluarga aku tiba-tiba macam kena kacau oleh orang yang tidak berhati perut. Nie semua sebab dengki akan keluarga aku. Contoh keluarga aku kene kacau:
1. Mak aku kat rumah rasa letih semacam.
2. Mak long(mak saudara) aku kejang otot kalau keluar rumah.
3. Nenek aku selalu meracau.
4. Dll.(banyak lagi, tidak boleh nak bagitau atas sebab tersendiri)
gambar hiasan
Lepas 1 tahun kene kacau, keluarga aku puas cari tok bomoh nak mengubat keadaan tersebut. Sekarang ini Alhamdulillah kejadian tersebut dapat diatasi. Macam-macam tok bomoh jumpa dekat umah aku seperti kain buruk tertanam, botol kaca berasap dan macam-macam benda pelik. yang peliknya, betulkah ada kaitan dengan arwah tok bomoh? Dan kenapa kejadian ini berlaku selepas kematian tok bomah jafaar??

kenapa ak banyak citer hantu??

kenapa aku banyak citer hantu?.. ha2.. sebenarnyaak nie minat citer2 hantu, tapi bukan yang pawagam atau movie2, tp, yang betul2 punya, kalau korang perasan, aku banyak citer hantu, tu la... sebabnya, ak amik daripada blog2 ak yang lepas2.. ha3....... sebab ak dah ada 2 blog citer hantu, tp x menjadi2.. kenapa?... sebab ak guna post blog yang kurang laris orang katakan... kalau nk lawat nie linknyer...
seramsejuk:http://seramserius.blog.com/

Pelikah kalau Orang Bujang Memasak?

Dapur Orang Bujang: Malaysia: aku seorang remaja lelaki - baru sahaja belajar memasak untuk makanan sendiri juga menjamu kawan-kawan. Aku rasa memasak nie satu kepuasan bagi aku lagi2 kalau ape yang aku masak tu sedap dan orang memuji masakan aku. tapi, bila ak balik rumah, banyak halangan contohnya mak aku tak suka atau tidak bai aku memasak kat dapur... pelikew? sejak aku belajar berdikari nie, banyak benda yang ak tahu tentang masakan ataupun rasa2 "basic" yang manusia perlu tahu termasuk manis, masin, masam, pahit dll.
aku nie jenis lurus dengan perasaan sendiri. kalau ak makan jew kat mana2, mesti ak banyak komen atau songeh.... bende2 macam tu perlulan untuk improvekan diri sendiri supaya lebih maju(termasuklah masajan mak ak sendiri yang pe-masin)..banyak jenis masakan yang ak belajar contohnya seperti masakan kampung, gulai kari ayam, gulai kurma, ayam masak pedas, tom yam, nasi kunyit, nasi ayam(nasi), dan sekarang ak baru belajar ayam masak pedas yang sangat2 menjadi... wow... ade jugak aku  belajar masakan korea "egg stew" sedap....biasalah, mamat korea!...LOL

contoh masakan best yang aku pernah masak.... tom yom.. rasa macam masakan thai.... ha3.. hampir cecah 
RM12.00 per 2 kepala... jimat tak?
nie kari ayam separuh masak... oyh.. punyala sedap bau... menusuk kalbu kalau bulan puasa....
yang aku nak terangkan sekarang, jangan discriminate orang bujang katanya masakan orang bujang nie tak sedapla, orang bujang nie pengotorla.... ada jew, tapi, sesetengah.. not all... ha2, ak nie cerewet tahap lampau2 ha2..

D.O.T.A(Dunia Orang Tanpa Awek)... betul kew?

Dunia orang tanpa awek ni atau Defence Of The Acient ni mmg da mjadi satu fenomena bg remaja/muda mudi skrg..pergi je mana2, msti ada yang sembang2 pasal dota ni..pergi cc??korang tengok la berapa kerat saja yang surfing intenet atau layan game lain..kebanyakkn semua ada dalam dunia tanpa awek.kalau hidup di campus lagi la,kawan2 aku ckp kt universiti ni lagi hebat penangannya. kelas pun sampai tak pergi just kerana nk hidup dlm alam maya tnpa awek..katanya lah!hahaha 




yang aku duk bercerita sangat ni, sebenarnya aku pun dah terjebak dalam kancah dunia org tanpa awek & kat ats tu la hero feveret aku sekarang..banyak hero feveret aku yang dulu, tp bila aku stay kt satu hero tu msti kwn2 duk try nk pkai hero tu jgk..balik2 aku pulak yang kena belasah..adoi..dah dekat empat tahun aku duk main ni,and dh terlalu banyak aku dengar kutukan2 membinasa yang boleh melemahkn semangat aku, tp aura DOTA diorang bukan faham.hebat lagi!

aku ni bukan jenis semua game aku main, aku main game yang boleh main ramai2..dulu2 mse aku darjah 3 darjah 4 aku main Counter Strike. time tu mmg bapa aku sekolahkn aku kt cc lah..siang malam, kt cc je duk bunuh orang..yang xsyoknye counter strike ni, dia takde suara yang bergema,mcm 'Owning', 'Double Kill', 'Triple Kill', 'Ultra Kill', 'Rampage'..kalau korang maen DOTA, bunyi2 ni memang akan mengujakan anda!lebih2 lagi kalau anda fight dengan kawan2. semangat yang datang tu lain beb!
 
 
 

DOTA ni game lawan2, DOTA ni penuh Strategi, DOTA ni lebih hebat dr filem Hollywood, DOTA ni sarat dgn aksi Dramatic..nak tahu??korang kena rasa.. ketagih??tu korang punya masalah..

'dh serabut dengan awek?'
'try la hidup ni..aku boleh kata ni game pengubat luka lara.'
 
DOTA - Dunia Orang Tanpa Awek
aku tergelak bila aku baca statement sorg perempuan "when a boy leave game of DOTA for u, MARRY him!"hahahaha
 
 
 

malaysia akhirnya buat “citer hantu best”

Cerita hantu Malaysia best sekarang SINI ADA HANTU genra seram komedi, lakonan Alvin wong(actor, comedian), Baki Zainal(actor, mc, dj, comedian), dan ramasundran(actor, comedian), dalam filem nie banyak diselitkan pelakon-pelakon best seperti Fasha Sandra, kazar, Patrick Teoh, mano Maniam, Eira Syazira dan banyak-banyak lagi. Filem ini menarik sebab Baki menjadi watak utamadalam filem ini. Menarik jugak dia belakon. Kalau dikembangkan bakatnya, mungkin standing dengan palakon lain seperti aflin shauki, awie dan pelakon komedi yang lain …
Bagi ak citer nie best bagi cerita lawak sebab dapat bersaing dengan citer hantu kak limah dan citer lain-lain sebab lawak yang baru dan masih fresh-fresh. Jalan citer pun menarik dan sesiapa yang nk download bolehlah ambik link di bawah ini….
Mediafire links:
part 1:http://www.mediafire.com/?siuktxf28fzleqf
part 2:http://www.mediafire.com/?gqtypt1771vpscv

WOW! Underworl Megastructure

LOL...wadapak.. this is one of the world greatest underwater path. almost 6 km long and just by seeing it make my brain wonder how did they do it?

ORANG GILA KENE KACAU PENUNGGU PERIGI!!??

skunk(aku) nk bagitau, nie citer yang betul2 berlaku dekat dengan rumah aku, lebih kurang 100 meter daripada umah skunk,
cerita start ngan macam nie, ada sorang ni name dia dollah, kat kampung ak orang panggil dia dollah gila sebab dia nie memang gila sejak azali. dia ni suka sangat jalan merata sana sini x jalan2 dengan pakai baju warna coklat dan seluar trek, dia selalu jalan2 pada waktu pagi jew, tpi, ari tu dia keluar pulak lepas isyak…
macam biasalah, orang kalau jalan2 mesti mintak air kan, arwah datuk aku pesan kalau orang gila datang umah kita mintak air, bagi la dgn gelas yang sumbing atau buruk, masa tu arwah datuk aku ada lagi,lepas Dollah gila minum air tu, dia terus jalan2 kat kawasan hutan belakang umah ak, datuk aku mcm x sedap jew malam tu, datuk aku suruh ayah ngan abang aku tidur kat tangga rumah (masa tu ak bawah umur lagi, x brani nk tidur luar)…..
kawasan tepi rumah aku ade pokok nibong dan pokok sagu yang seram kalau pandang malam2.blakang pokok tu ade perigi yang aku sendiri x berani nk lihat sbb gelap, dan bawah permukaan air, org tua kata perigi tu dalam sangat .. arwah datuk aku nie brani skit, tengah2 malam dia pergi check kat pokok nibong tu kot2 ada benda2 pelik, lepas tu terus balik….
lebih kurang pukul 2-3 pagi, ayah aku citer, macam ada bunyi orang mintak tolong…. mula2 dia sendiri x layan, lepas tu dia x leh nk tidur, datuk aku tidur lagi masa tu, lapas tu,ayah aku terdengar bunyi macam buah kelapa jatuh…gedubuk!!! ayah aku terus kejutkan abang aku ngan datuk aku untuk check ape yang berlaku…. tgk2, orang gila tadi tergantung kat dahan nibong yang tinggi… mulut dollah berbuih2 macam orang kne sawan babi, ayah aku cpt2 call ambulance dangan polis untuk buat siasatan..
menurut siasatan polis, dollah gila tadi cuba nk panjat pokok, tp, ikut diasatan datuk ak, dollah tu kene kacau kat penjaga perigi tu, biasa la kan, orang gila mana takut kat benda2 halus.
dollah dibawa ke hospital sebab cedera banyak sangat, kaki dia patah ngan bahu cedera dan demam panas sampai 1,2 minggu jgk rasenye.., x kan panjat pokok boleh cedera sampai macam tu… pokok nibong bukan rendah, lebih kurang 7 meter jgk dollah tergantung… moralnya, kalau anda gila, jgn rasa diri anda kebal bala… ha3…lapas tu dollah tu ak x datang sampai sekarang.. maybe takut kot.. ha3, org gila reti takut kew??