Sunday, August 21, 2011

TERNAMPAK BAYANG-BAYANG ARWAH TOK BOMOH MELAMBAI-LABAI

Nie citer aku skunk (aku) sendiri alami. peristiwa nie tidak akan aku lupa sampai bila-bila sebab memang berlaku depan mata aku sendiri.
Intro. Peristiwa nie berlaku lebih kurang 8-10 hari selepas tok bowoh belakang rumah aku meninggal dunia.nama tok bomoh tu Tok Bomoh Jaafar. Tok bomoh yang meninggal nie memang terkenal dengan kehebatan merawat sesetengah penyakit. Setiap bulan memang banyak pelangan yang datang untuk merawat. Kalau hujung minggu, belakang rumah aku nie penuh dengan kereta-kereta pelangan. Tapi pada akhir tahun 2007, bomoh tu meningal dunia sebab masalah paru-paru dan ramai datang melawat dia sebelum dikebumikan. Tapi, arwah rok bomoh jaafar tinggalkan pusaka tanah yang luas kepada anak-anaknya. Tapi tanah tu tidak terurus dan using, penuh dengan semak samun. Tepi rumah aku tu tanah Tok bomoh jaafar jugak.
Lebih kurang jam 2-3 pagi, ak tengah maen game dekat desktop kat rumah aku. Biasalah, orang lepas SPM macam mana, bebas nak buat sume benda. Tiba-tiba, bulu roma aku meremang. Rasa sejuk semacam. Deskop ak berada sekat tingkap. Senang nak tengok benda kat luar. Mula-mula, aku tengok-tengok ayam. Pastu, aku terkejut melihat lembaga macam arwah tok bomoh melambai-lambai lebih kurang 4 meter daripada tingkap. Aku terus berganjak daripada tempat duduk ke dapur. Fikiran aku terfikir benda bukan-bukan. Aku fikir benda yang logik dan masuk akal pada masa tu.
1. Masa tu hujan renyai, kenapa lembaga macam manusia kat luar rumah.
2. Tepi rumah aku banyak semak samun, tidak mungkin orang berani nak pergi kat situ pagi-pagi.
3. Tanah semak samun tepi rumah aku tu tanah milik arwah tok bomoh.
Lepas sahaja kejadian itu, keluarga aku tiba-tiba macam kena kacau oleh orang yang tidak berhati perut. Nie semua sebab dengki akan keluarga aku. Contoh keluarga aku kene kacau:
1. Mak aku kat rumah rasa letih semacam.
2. Mak long(mak saudara) aku kejang otot kalau keluar rumah.
3. Nenek aku selalu meracau.
4. Dll.(banyak lagi, tidak boleh nak bagitau atas sebab tersendiri)
gambar hiasan
Lepas 1 tahun kene kacau, keluarga aku puas cari tok bomoh nak mengubat keadaan tersebut. Sekarang ini Alhamdulillah kejadian tersebut dapat diatasi. Macam-macam tok bomoh jumpa dekat umah aku seperti kain buruk tertanam, botol kaca berasap dan macam-macam benda pelik. yang peliknya, betulkah ada kaitan dengan arwah tok bomoh? Dan kenapa kejadian ini berlaku selepas kematian tok bomah jafaar??

1 comment:

  1. Sebarang pertanyaan call/whatsapp ke +6282246311483

    #bomoh #bomohsiam #bomohmelayu #bomohpelaris #bomohhangtuah #bomohthai
    #bomohminyakdagu #santauangin #bomohhangtuah #kingpower #bomohtepukbantal #bomohmalaysia #singapura #cinta #selingkuh #bercerai #berpisah #sihir #santau #pelindungdiri #gay #keluarga #penang #kelantang #selangor #kekasih #pakcik #minyakpenunduk #ilmupenunduk #pelarisniaga

    ReplyDelete